Tuesday, March 19, 2013

HPV Vaccination

Terdengar perbualan student di tandas pg tadi...

Student 1: "Jom la ptg ni kta pergi ambil injection.."
Student 2: "Injection apa?"
Student 3: "Injection untuk cancer serviks"
Student 2: "Apa tu?"
Student 1: " Ala..injection supaya kalau kau mengandung anak kau tak cacat"

Aku: ERRKKK!!

Mungkin ada yg tahu..tapi ada jugak yang belum tahu. Jom kita sama2 kongsi

Cervical cancer and HPV infection
Apa itu cervix?
Cervix atau dalam istilah Bahasa Malaysia disebut sebagai "pangkal rahim" adalah sebahagian dari reproductive system (sistem peranakan) wanita. Cervix menghubungkan vagina (faraj) dengan uterus (rahim)

Sumber: gugel


Dari gugel


Apa itu cervical cancer?
Cervical cancer atau kanser pangkal rahim merupakan kanser/barah pembunuh kedua terbanyak (apa la BM aku ni) di kalangan wanita selepas kanser payudara. Kanser pangkal rahim adalah pertumbuhan abnormal cell di kawasan pangakal rahim

Symptom/gejala yang mugkin dialami
  •  post-coital bleeding (pendarahan semasa/selepas membuat hubungan seks)
  • intermenstrual bleeding (pendarahan ditengah2 kitaran haid bila kita sepatutnya belum period - xtau mcm mna nk terangkan dlm BM)
  • post-menopausal bleeding (pendarahan selepas sudah putus haid)
  • keluar lendir berharah yang berbau busuk dari faraj
  • dan sebagainya..hehe 
Sila cari lebih lanjut tentang cervical cancer ya..aku nak cerita tentang HPV vaccination.

Apa kaitan HPV dgn cervical cancer?
HPV atau human papilloma virus merupakan faktor penyebab utama kepada kanser pangkal rahim. HPV boleh berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada HPV, our immune system (sistem pertahanan badan) selalunya dapat melawan serangan virus ini. Tetapi bagi sesetengah wanita virus ini dapat hidup bertahun-tahun sehingga ia dapat menukarkan sel di permukaan pangkal rahim kepada sel-sel kanser.

HPV vaccination/ pelalian HPV
Vaksin HPV (HPV vaccine) adalah suntikan pelalian yang diberikan bagi menghalang jangkitan HPV dikalangan wanita. Ia mengandungi virus-like particle yang akan merangsang sistem pertahanan badan kita untuk menghasilkan antibody bagi melawan jangkitan HPV

3 suntikan HPV vaccine perlu diambil dalam masa 6 bulan.
  • Suntikan pertama
  • Suntikan kedua : 1 bulan selepas suntikan pertama
  • Suntikan ketiga : 6 bulan selepas suntuikan pertama
HPV vaccine sebaiknya diambil sebelum the onset of sexual activity. Walaubagaimanapun, people who are sexually active may also get the benefits.

HPV vaccination in Malaysia
Pada tahun 2011, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan pemberian suntikan HPV vaccine secara percuma. Suntikan ini diberikan kepada remaja perempuan tingkatan satu atau remaja perempuan berusia 13 tahun (kira mcm nak cover jugak remaja yg dh tak bersekolah atas sebab2 tertentu). Kenapa kne ambil masa umur 13? Ya la, kan kita nak bagi sebelum mereka2 ni memulakan sexual activity..hehe. Walaupun sekarang ni bukan sesuatu yg pelik kalau budak tu dh start sexual activity very much earlier.

Buat masa ini, hanya remaja perempuan form 1/ yang berusia 13 tahun yang akan mendapat suntikan secara percuma. Yang umur lain2 tu bole dtg ke mana2 klinik kerajaan atau swasta untuk mendapatkan suntikan dengan harga tertentu.

Oh ya, pastikan korg ambil ketiga-tiga dose injection tau. Jangan dtg separuh jalan je.. ;). Ok la, setakat ni perkongsian sedikit pasal HPV vaccination. Next time mungkin kita bole kongsi lebih detail pasal cervical cancer dan PAP smear ok? Kalau ada informasi yg salah sila betulkan..:)

P/s: Susah bg aku nak tulis pasal health in BM..haha. So, sorry la kalo ayat aku mcm pelik2 je. Cintailah bahasa kebangsaan kita!!

Wednesday, January 16, 2013

Monday, January 14, 2013

Rania dan "Sekolah"

Amek kau..tajuk dia
Macam la Rania tu dh besar sgt nak pegi sekolah
Umur pun belum sampai setahun
Sebenarnya kitorg refer taska tempat Rania di jaga tu sebagai "Sekolah"

Pagi tadi masa hantar Rania ke sekolah
Nampak ada this little girl menangis sambil memanggil mamanya
Sedih pulak aku tengok
Alhamdulillah..setakat ni Rania tak pernah pulak buat perangai mcm tu
Aku tak tau la samada sebab Rania belum faham atau sebab dia memang suka pegi sekolah
Yang aku perasan, setiap pagi aku hantar dia ke sekolah
Dia akan tersengih-sengih sanbil goyang2 kaki (itu tanda dia tgh excited)
Pastu dia akn pandang aku, senyum and say "yah!" (sekolah kot maksudnya)
Bila dh masuk pintu sekolah, dia dh tak pandang dh aku ni
Yang dia nampak cuma kawan2 dia tu
Takde dh sesi babai2..sebab dia memang tak pandang dh ibunya ni..huhu
Tak tahu lah aku kalo Rania menangis mcm budak tadi
Agak2nya aku ni jadi surirumah je kot
Sebab tak sampai hati.. uwaaa!!
Aku tak tau la bila dh besar karang
Harapnya perangai suka ke sekolah ni akan bertahan sampai awak besar lah ye Rania

"Taska Kasih Fitri"
Masa mula2 hantar Rania, aku agak nervous..
Biasala..first time
Setiap hari, waktu lunch, aku akan lawat Rania
Breast feeding n just to make sure she was taken care properly
Lepas dua bulan, I started to develop trust
One thing yang aku suka sgt dgn taska ni adalah dia sgt Islamic
Memang sesuai dgn citarasa aku n hubby
Ada one time, masa taska pindah masuk bangunan baru
Diorg buat makan2 sikit
Dan yang paling best, the owner buat bacaan Surah al-Baqarah and azan 7 penjuru sebagai pendinding untuk anak2 jagaan mereka.
Then I know that my daughter is in a good hand
Pengasuh2 di sana juga diwajibkan berpakaian menutup aurat
Bukan setakat bertudung, tapi juga berbaju labuh
Setiap age group ada modul tersendiri
Didedahkan pada Islam seawalnya
Dan modul yang paling seronok adalah bila anak2 ini sudah membesar, mereka akan diajar mengaji juga di taska ni..
Alhamdulillah..memang Allah dh rancang nak bagi taska yang baik ini untuk Rania

Bila pindah rumah bulan October 2012
Kami sebenarnya ada peluang hantar Rania dgn pengasuh yang duduk satu blok dgn kitorg
Mungkin jagaan yg lebih baik sebab lebih focus
Its been considered, tapi melihat Rania yang sgt happy dgn kawan2 yg ramai
Socializing well, develop excellently di "sekolah" dia sekarang
We both think that its better for Rania to stay at her current Taska
Biarlah Rania belajar bersosial
The taska is five minutes from my office, anyway
No. 3 senior. Kelas strawberry ^^
 Membesar lah anakku, jadi anak solehah..:)

Monday, January 7, 2013

The delayed new year

Selamat jalan 2012
Selamat datang 2013!!

Giler lambat nak wish new year
Dh seminggu tahun 2013 dh kak oii!
Takpe la kot kan?
Meh aku recap sket antara event2 penting 2012 yg aku boleh kongsikan

January 2012- Masih menganggur setelah meniggalkan KKM
February 2012- Diterima bekerja sebagai tenaga pengajar..Alhamdulillah

March 2012- Menerima kehadian cahaya mata sulung Rania Nuur

April, Mei 2012- Maternity leave yg seronot..^^
Jun 2012- Berlalu macam angin
July 2012- Ramadhan pertama bersama Rania
August 2012- Raya pertama yg disambut bersama suami, birthday aku n suami
September, October, November 2012- Mmm..Mcm takde event yg terkesan  di hati
December 2012- Tahun 2012 ditutup dgn kelhilangan org2 yang aku kasihi dan hormati. Alfatihah buat nenda tercinta Hajah Ajijah Abdul Rahman dan buat Lecturer yg sgt aku sanjungi..Prof Abdul Wahab

Tahun 2012 merupakan tahun yg agak mecabar bagiku..
Banyak perubahan, banyak percubaan dan bayak jugak air mata
Somehow, I survived
And I welcomed with arms wide open..semoga tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya




Thursday, December 6, 2012

Anhedonic

Merindui diri sendiri
Diriku yang dulu
~ ~

Wednesday, December 5, 2012

Wordless Wednesday: Upin Ipin

Khusyuknya..buat apa tu??

Owhh..tgh TV. Citer ape??

Favorite Rania: Upin dan Ipin

Tuesday, December 4, 2012

Tabiat pelik

Aku ada satu kawan ofis yg mempunyai tabiat pelik
Bagi aku, pelik la..tak tau la kalo korg rasa biasa2 je..
Dia ni duduk selang beberapa meja dari aku
Setiap pagi, sebelum memulakan apa2 kerja
Dia akan "menonton" video clip Gangnam Style
Bukan menonton biasa2 tau..
Tapi sampai begini sekali!!!
Gambar Hiasan. Ihsan dari Encik Gugel.
Exactly mcm ni..siap senyum2 lagi
Kalo sekali sekala tak apa
Tapi SETIAP HARI kot..
(sorry R** aku mengumpat ko kt cni sebab aku tau ko tak baca blog ni)

Aku sebenarnya tak berapa gemar sgt dia ni
Tapi bila ada tabiat pelik mcm ni mcm lucu la pulak

Tabiat pelik aku apa?
Sampai2 ofis, bukak laptop dan terus log-in Facebook..
Pelik tak? Pelik tak?
Hahaha

Apa tabiat pelik korang?