Tuesday, July 30, 2013

Kisah membayar zakat

Dlm bulan Ramadhan ni, antara perkara yg wajib di buat adalah membayar zakat.
Minggu lepas, dalam perjalanan balik ke K.kinabalu dari Labuan, Kitorg singgah kt masjid Pekan Papar.
Tujuannya nak solat je mula2. Pastu kebetulan ada 'amil kt situ, jd En.Hubby pun ambil kesempatan utk terus bayar zakat.
Sampai kt kereta aku nampak ada resit zakat kt tangan dia.
Hubby: Sory lmbt sikit, gi bayar zakat td
Aku: Owhh.. Eh, kenapa ada 2 resit je (sepatutnya ada 3-Hubby, aku & Rania)
Hubby: (Pause sekejap).... Eh, lupa bayar utk diri sendiri...Bayar utk tanggungan je (sambil bergegas keluar masuk dlm masjid semula)
Aku: ahahahah..Apa pun tak bole!

Korang dh bayar zakat?


Friday, July 12, 2013

Rania Nuur 15 months

Lamanya x update blog.
Fuuuuhhh! Tiup2 dulu habuk

Kali ni nak update pasal Rania
Anak dara busuk tu

Berat terkini: 10.5 kg
Tinggi: 83 cm

Dah boleh berjalan, berlari dan melompat
Manja tak boleh blah. Aku masuk toilet nak mandi, dia meraung2 macam aku tgglkan dia keluar jalan2. Meleleh-leleh air mata, sedih sgt nampaknya. Kadang2 kalo dh tak tahan telinga angkut jugak sekali masuk toilet. Org tengah buat bisnes kt toilet, dia sibuk nak mintak duduk kt riba. Macam mana lah anak oi.. Paling penat kalau bawa dia keluar. Berlari tak cukup tanah. Aku yg penat mengejarnya. Kalo dh penat berjalan, nak kne dukung pulak. Pulak tu bukannya nak kalau Abah yg dukung..aku jugak dicarinya. Kamu tu bukannya ringan Rania Syg..hahaha. Menggeramkan jiwa raga betul

Bercakap tak payah kira la.. Pot pet pot pet je kerjanya. Tp aku tak paham pun. Paham la sikit2. Antara conversation kmi:
Ibu: Nak mamam?
Nia: Naa (Nak). Mamam
Ibu: Nah
Nia: Yaaayy. Dap (sedap)

Ibu: Jom mandi
Nia: Yay. Tom (jom)

Ibu: nak susu?
Nia: Sussss (Susu)
Ibu: Nah
Nia: Yaaayy

Favorite word dia sekarang adalah " Yaaay". Semua pun nak "yaaayy".

Suka menari dan menyanyi. Apa lagi kalau upin ipin. Adohai...takut aku budak ni tergolek masa melompat dan pusing2 menari tu. Suka makan jugak. Kejap-kejap "mamam", kejap-kejap "Naa..". Dulu masa mula2 masuk setahun tak nak makan sgt. Suap je luah keluar balik. Dia tak heran pun kalau kau bawa mangkuk makan dia. Masuk 14 bulan selera dh improve, tapi bila kne chicken pox last week, makan mcm tak hengat. Nak mengunyah je kerjanya. Aku pulak yg takut tgk perut boroi dia tu. Takut termuntah. Kadang2 aku sja la letak bubur banyak sikit kt mangkuk dia, dgn harapan kalau Nia tak dapat habiskan aku nak paw.. Hmmph..Tinggal harapan je la. Licin di sapunya. tapi seronok tgk anak berselera makan ni. Sebab aku dh melalui fasa anak TAK MAHU makan langsung. Sgt sedih dan demotiveted nak masak ok.

Harta yang paling dia suka: BUKU. Lagi suka buku dari mainan. Celik mata ambil buku, sampai rumah ambil buku, lepas mandi belum pakai baju lagi ambil buku.

Takut kepada segala jenis binatang. tak kira la binatang darat, laut, berjalan, terbang. Tapi kalau buku dia paling suka buku yg ada binatang. Siap buat bunyi2 lagi. Ambik kau. Hari tu try bawa dia g swimming pool. Ingantkan orang yg suka mandi ni seronok la bila dpt swimming. Jangan harap la. Abah je yg basah. Anaknya? Takut sgt kt swimming pool tu " Nanaak..Pish..(tak nak.. ade fish)"...hahaha. Apa pon tak boleh.

Bila tengok Rania berlari2 dalam rumah, macam tak sangka pulak budak ni dh besar. Dulu kecik je, fragile, tangan terkapai2, tido nangis susu berak je dia tau. Perasaan bercampur- campur. Sedih sebab mcm cepat sgt membesar, nnti kejap2 lagi dh g sekolah. Gembira sebab dh boleh communicate dgn lebih baik, main pun seronok je nak gomol2, wrestling2.

Ya Allah, kau berikanlah kesihatan yg baik kepada anakku. Jadikanlah dia hambaMu yg Kau kasihi. HambaMu yg taat perintahMu dan RasulMu. HambaMu yg berbakti pada agama dan ummah. Anak yg menghormati orang tuanya. Pimpinlah hatinya agar selalu bersamaMu. Lindungilah dia dalam apa jua keadaan sekalipun. Berikanlah kami kekuatan untuk terus mejaga, membimbing dan mendidik dia.

Bibik free. Sape nak?

Muka mengada

Bookstore adalah destinasi wajib kalo keluar

Tgk TV mcm org tua

"minum minum minum dap"
Dear Rania,
Ibu want you to know that Ibu love you very much.