Tuesday, March 19, 2013

HPV Vaccination

Terdengar perbualan student di tandas pg tadi...

Student 1: "Jom la ptg ni kta pergi ambil injection.."
Student 2: "Injection apa?"
Student 3: "Injection untuk cancer serviks"
Student 2: "Apa tu?"
Student 1: " Ala..injection supaya kalau kau mengandung anak kau tak cacat"

Aku: ERRKKK!!

Mungkin ada yg tahu..tapi ada jugak yang belum tahu. Jom kita sama2 kongsi

Cervical cancer and HPV infection
Apa itu cervix?
Cervix atau dalam istilah Bahasa Malaysia disebut sebagai "pangkal rahim" adalah sebahagian dari reproductive system (sistem peranakan) wanita. Cervix menghubungkan vagina (faraj) dengan uterus (rahim)

Sumber: gugel


Dari gugel


Apa itu cervical cancer?
Cervical cancer atau kanser pangkal rahim merupakan kanser/barah pembunuh kedua terbanyak (apa la BM aku ni) di kalangan wanita selepas kanser payudara. Kanser pangkal rahim adalah pertumbuhan abnormal cell di kawasan pangakal rahim

Symptom/gejala yang mugkin dialami
  •  post-coital bleeding (pendarahan semasa/selepas membuat hubungan seks)
  • intermenstrual bleeding (pendarahan ditengah2 kitaran haid bila kita sepatutnya belum period - xtau mcm mna nk terangkan dlm BM)
  • post-menopausal bleeding (pendarahan selepas sudah putus haid)
  • keluar lendir berharah yang berbau busuk dari faraj
  • dan sebagainya..hehe 
Sila cari lebih lanjut tentang cervical cancer ya..aku nak cerita tentang HPV vaccination.

Apa kaitan HPV dgn cervical cancer?
HPV atau human papilloma virus merupakan faktor penyebab utama kepada kanser pangkal rahim. HPV boleh berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada HPV, our immune system (sistem pertahanan badan) selalunya dapat melawan serangan virus ini. Tetapi bagi sesetengah wanita virus ini dapat hidup bertahun-tahun sehingga ia dapat menukarkan sel di permukaan pangkal rahim kepada sel-sel kanser.

HPV vaccination/ pelalian HPV
Vaksin HPV (HPV vaccine) adalah suntikan pelalian yang diberikan bagi menghalang jangkitan HPV dikalangan wanita. Ia mengandungi virus-like particle yang akan merangsang sistem pertahanan badan kita untuk menghasilkan antibody bagi melawan jangkitan HPV

3 suntikan HPV vaccine perlu diambil dalam masa 6 bulan.
  • Suntikan pertama
  • Suntikan kedua : 1 bulan selepas suntikan pertama
  • Suntikan ketiga : 6 bulan selepas suntuikan pertama
HPV vaccine sebaiknya diambil sebelum the onset of sexual activity. Walaubagaimanapun, people who are sexually active may also get the benefits.

HPV vaccination in Malaysia
Pada tahun 2011, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan pemberian suntikan HPV vaccine secara percuma. Suntikan ini diberikan kepada remaja perempuan tingkatan satu atau remaja perempuan berusia 13 tahun (kira mcm nak cover jugak remaja yg dh tak bersekolah atas sebab2 tertentu). Kenapa kne ambil masa umur 13? Ya la, kan kita nak bagi sebelum mereka2 ni memulakan sexual activity..hehe. Walaupun sekarang ni bukan sesuatu yg pelik kalau budak tu dh start sexual activity very much earlier.

Buat masa ini, hanya remaja perempuan form 1/ yang berusia 13 tahun yang akan mendapat suntikan secara percuma. Yang umur lain2 tu bole dtg ke mana2 klinik kerajaan atau swasta untuk mendapatkan suntikan dengan harga tertentu.

Oh ya, pastikan korg ambil ketiga-tiga dose injection tau. Jangan dtg separuh jalan je.. ;). Ok la, setakat ni perkongsian sedikit pasal HPV vaccination. Next time mungkin kita bole kongsi lebih detail pasal cervical cancer dan PAP smear ok? Kalau ada informasi yg salah sila betulkan..:)

P/s: Susah bg aku nak tulis pasal health in BM..haha. So, sorry la kalo ayat aku mcm pelik2 je. Cintailah bahasa kebangsaan kita!!